Nuffnang Ads

Monday, December 03, 2012

KISAH seorang PEREMPUAN, PEREMPUAN TUA DAN ANAK KECIL. Renungkanlah.


Khamis, Ogos 2, 2012 

Situasi kat Pusat Perubatan Kecil Puchong, bersama Norwafiz Nordin,
( sambil menunggu nombor giliran untuk dipanggil )

1. Seorang warga Indonesia mendukung anak kecil datang bersama seorang perempuan tua dan duduk kat kerusi depan aku. Anaknya menangis ( mungkin mahukan susu.. ) tapi ibunya tadi buat derk je sampailah perempuan tua tadi bgtau kat die, ' Dia mau susu bdn tu...'. Lalu die pun macam segan2 nak selak baju die untuk susukan anaknya tu tapi disusukan juga dalam keadaan tertekan dan tanya pulak kat anak kecil tu, ' KENAPA NANGIS??? NANGIS2 AJA...'

2. Kemudian, die tanya aku, ' Anak kau amoi ke? '. Aku jwb, LAKI-LAKI. Lalu, die pon bgtau aku, ' Anak aku amoi...'. Ya, aku noticed anak die perempuan. Lalu, die memuji anak aku, die kate, ' Anak kau baik aja, diam... ngak nangis2... anak aku ni sukak nangis2...'. Mmg la anak kau nangis kalo die lapar susu! Hadoi. Lalu die past anak die kat perempuan tua tadi sbb tatau nak handle anak kecil tu nangis.

3. Kemudian, die perhatikan anak aku, lalu berkata ' Ikut muka bapaknya,  saiz pun ikut  bapaknya, kalo ikut maknya, GEMUK...'. Sedapnya mulut kau perempuan!

4. Aku tanya die, ' Yg tadi tu mak ke...? ' . Die jwb ' Ya, mak aku . Suami aku jarang ada, seminggu sekali saja die balik. mak aku dtg sini utk bantu aku lah'. Aku tanye sbb aku nmpk care die lyn perempuan tua tadi mcm org gaji. Kemudian, die sambung lagi, ' Kalau suami aku cuti, dialah yg uruskan ni semua, aku, ngaklah, susah saja! '. Hmm, anak tu kan anugerah ALLAH. Apa dah kene dengan dia ni, Subhanallah.

5. Die menambah lagi, sedangkan aku sudah mula tak selesa dgn perbualan tu, ' Suami aku ORG KAYA!!! ' . Mak aihhhh, mcm aku kenal ke siape suami kau tu. Perlu ke bgtau? Ada aku peduli ke kalau suami kau kaya?

6. Perempuan tua yg dr tadi mendukung anak kecil tu, (cucunya) bertanya kepada perempuan ni, ' Belum dipanggil kah...? Anak kau mau susu ni.....'. Lalu pantas je die menengking ibunya sendiri, 'APA LAGI??? BELOM DIPANGGIL LAGIK!! JGN BANYAK NANYAK!! DIAM, MASUK SINI!! . Memang ada sesetengah orang bangga jadi kurang ajar.

Seumur hidup aku, belum penah aku jumpe jenis perempuan mcm ni. Selalu aku tengok kat dalam drama tv je. Tapi harini, betul-betul wujud rupenye spesies mcm ni, anak mintak susu pun malas nak susukan sedangkan ramai je perempuan lain bangga mereka ada susu byk! Patutlah die tak herankan anak die seniri, sbb ibunya seniri pon die taktau hormat. Subhanallah. Moga satu hari die dpt petunjuk-NYA. Amin.

No comments: