Nah. Entry ni memang menunjukkan yang aku agak terbelakang sikit. Siapa Ain Hawani? Erk?
Ceritanya begini, waktu aku berjalan-jalan dengan keluarga besarku -- means kakak-kakak, abang-abang ipar dan juga ' yaqanaqbudu ' merujuk kepada anak-buah buah yang ramai yang selalu buat bising oleh MAMA, aku ternampak satu handbag yang aku suka!
Makanya aku? " Abaaaaang... sayang ada nampak satu handbag cantek, cute sangat ". Dia pun dengan muka yang selalu dia buat bila mana aku mintak die belikan sesuatu, " Ambil la..". Yeay! Haha, muka yang tadi dia buat ialah ' muka kena pau '. Pastinya dia redha. *hikhik*
Lalu, aku pun pegi bayar. Satu saja perangai aku bila mana aku dapat satu benda yang aku suka, aku tak pandang dah barang-barang lain, CUKUP SATU! Bertuah kan suami I dapat I? *gediks*. Setelah itu, Kak Dodie--kakak sulung datang menyapa aku kat kaunter, " Awak beli handbag Ain Hawani ke? " . Aku pun, " Huh? ".
Okay, baru la aku tau sekarang si Ain Hawani ni ialah 'Hawa' dalam drama bersiri Adam Hawa. Ceh! Aku ingatkan sapa tadi! Kak Dodie cakap Ain Hawani ni pakai handbag kotak-kotak kat dalam cerite tu. Betul ke uolls? Aku tatau pasalnya, aku dah tamatkan service Astro kat rumah dan gantikan dengan Unifi! Ada orang cakap boleh tengok online tapinya cerita tu khabarnya dah nak abis, jadi buat apa aku nak tengok? Hahah.
Okay, cukup itu. Ini dia handbag 'Ain Hawani'.
p/s: gambar di ambil oleh 'photographer' tak berbayar bahkan kena pau, Norwafiz Nordin.
Comel bukan? Bukan aku ye, handbag tu maybe!
Ni baru pulang dari meneguk Chatime, Bandar Puteri. Favorite spot kami berdua.
Tengok muka si bertuah tu! Seperti marah dengan straw? Baby tecik aku ni kuat MAKAN!
Favorite me and him... Me-- Classic hazelnut milk tea, with pearl, extra sugar. Him-- Strawberry pudding Au-Lait. Macam terbalik pulak kan? Selalu perempuan lebih suke smoothie berbanding lelaki, lelaki more to milk tea kan? Ah, tak kisah lah. Tengok tu, dah hampir separuh aku teguk! Haha, tengok badan lah!
Bai!
No comments:
Post a Comment