Nuffnang Ads

Tuesday, December 04, 2012

Belongings Tour?

Hai.

Hari ni terasa nak sangat nak buat room tour. Room tour is like so famous now on youtube. Sapa yang tak pernah tau atau tak tau, type aje la 'room tour' kat youtube ok. Mudah. Saja la aku namakan tajuk yang macam di atas sebab its not actually a room tour, more to my belongings actually sebab malulah kan saya nak tunjuk katil kelamin. Bilik saye simple saja, serious. Ok, tak buang masa, jom kita checkitout! Heh.





Ok, ini semua accessories aku. Dalam balang leper tu, bangles and bracelets. Dalam mangkuk ungu tu, big rings dan kerongsang besar juga gelang bising. Dalam balang yang tinggi sikit tu, hair accessories. Walaupun aku berhijab, tapi accessories sebanyak itu. Untuk apa aku simpan banyak-banyak pun aku tak pasti. Anggap saja berhias cantek-cantek untuk suami ok. Jam, aku simpan dalam gelas kaca. Ni hadiah kawen, daripada tersimpan dalam kotak, baik aku guna. Bekas jarum tu, untuk pinkan selendang yang aku pakai. Scarflets wajib ada benda ni. Scarflets best friend ~



Ini barang suami. LAKI-LAKI, barang memang sebanyak ini saja. Ok, yang depan tu, produk muka aku sekarang, Wardah.



Perfumes collection. Acca Kappa, Victoria Secrets, Clinique, Mont Blanc, Burberry and Body Shop dreams unlimited. Paling suka, Clinique!



Bakul kecik, makeup tools. Bakul besar, ala, barang pompuan.





Makeup things.



Face cotton and more accessories dalam dua bekas merah, bekas kuning dan kotak kayu bawah tu. Kotak kayu tu birthday present from my MAMA. Its LOVE shape box.



Its a chest drawer from IKEA.




Almari, IKEA. Beli mase harga 299 ringgit. Sekarang, 199 ringgit mungkin!



Yang dalam garment bag tu, semua baju kurung dengan jacket-jacket tebal. Ini almari untuk baju tak pakai, tapi sayang nak buang. Yang bawah tu, sebahagian towels, curtain, bedsheets and kain pelikat.



Drawer pink ni where I put all my bedsheets inside. No other things inside.



These are all my scarfs. Messy huh? Malas nak susun cantek-cantek sebab penyudahnya akan jadi tak tersusun jugak.



Okay, yang ini betul-betul ada depan katil. Makanya ruangan ini wujud untuk tatapan aku sebelum tidur. Tu ada muka Kausar mase dalam perut, 4D scan, tabung cheeky Kausar, table lamp yang aku tukar telangkupnya sebab yang asal koyak mase pindah rumah. Telangkup tu beli siap kat IKEA. Frame, IKEA juga. Oh, tu handphone aku, Samsung Corby je. Anna Dello Russo punye kotak tu sebenarnya kotak key chain hadiah daripada abang aku tapi aku jadikan kotak simpan charger. Heh.



Hoho, yang ini kesayangan. Ini barang hantaran dulu daripada suami. Dia yang beli seniri frame and batu tu dan paksa aku ckp "style!". Haha. Dia ni aku kira ada seni juga pada tangannya. Nampak tak ada batu yang dah jatuh? Frame kecik tu dah tentu mas kahwin negeri Pahang. ' Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah, tunai '. Sah? Sah? Alhamdulillah...



Ini playpan si Kausar juga sebagai tempat tidur. Masa tengah snap gambar ni sedap je dia tidur. Nampak tu menan sepah-sepah? Bantal besar, tapi penyudahnya die tidur macam tu je.



Elephant ni macam lullaby si Kausar. Bila tarik, ada lagu.



Okay, Kausar dah bangun tidur. Ini dalam keadaan kemas.

Setakat tu saja my room tour. Bosan eh? *hikhik* Takde la menarik sangat my room tour. Untuk pengetahuan korang, Kausar masih tidur sebilik dengan kami. Cadang nanti umur dia setahun, kami nak asingkan dia ke bilik sebelah. I'll keep you guys posted.

Bai!



No comments: