Cuaca redup. Rumah aku tingkat 12. Boleh nampak sebahagian kecil Puchong dari balcony rumah aku ni.
Hati ini mula terdetik, indahnya bumi ciptaan Allah. Sejauh pandangan mata ini, ada bukit bukau dan kelompok-kelompok awan di atasnya. Bagaimana kalau Jumaat ini kiamat? Bagaimana kalau esok aku MATI? Cukupkah amalan aku?
Jelas, MATI itu rahsia Allah. Kan best kalau kita tau bila kita akan mati. Boleh buat dosa banyak-banyak, dan bila kita tau ajal kita sempat kita bertaubat sepenuhnya--- tidak akan berlaku, NO SUCH THING!
Bukan aku merasa diri aku bagus atau apa dengan bercakap seperti ini. Cuma, berdosakah kalau kita saling mengingati sesama manusia. Dalam social network nowadays, banyak status perli - memerli. Sebab apa? Satu saja, kita seronok untuk buat orang terasa? Betul bukan? Bukan kah elok kalau kita hidup secara berharmoni.
Benda paling penting untuk kita ialah hati. Macam mana akal kita bagus sekalipun, tapi kalau hati kita kotor, kita akan ikut hati atau akal? Mula-mula sekali, bersihkan hati. Kalau hati bersih, mana mungkin ada sifat ego, rasa diri kita bagus, cemburu pada kelebihan orang lain atau pandang hina pada orang lain, kan?
Walau setinggi mana pangkat kita, taraf kita, gaji kita, pelajaran kita, asalnya kita dari Allah s.w.t. Wujudnya kita di muka bumi ini bersebab. Allah telah merancang segala sesuatu untuk kita dari kita dilahirkan sehingga hujung nyawa kita. Pernah aku terbaca satu status dalam satu laman sosial, 'Peliklah aku tgk scarflets sekarang ni, pakai tudung berbelit- belit. Belit kiri, kanan, depan, belakang. Tak tercekik kah leher? Tercekik leher tak kisah, tak susah ke nak cabut pakai bila nak solat? Wah, soalan! Persoalannya, jika orang tu bersolat dan mmg jaga solatnya, tudung belit macam mana pun, dia tetap akan solat walaupun terpaksa cabut pakai tudungnya berulangkali. Tidak salah kan ungkapan saya?
Lagi satu budaya kita kebelakangan ni, suka menilai keburukan orang lebih dari kebaikan orang. Misalnya, sekarang ini remaja khususnya banyak belajar cara berhijab dari youtube. Hijab ala ' Hana Tajima'. Aku tidak ada masalah dengan Hana Tajima. Cuma, asal kita pakai tudung mcm Hana Tajima, orang akan kate kita ' tak payah la bajet Hana Tajima. Dia tu lawa, awk tu lawa ke kalau pakai mcm die? ' Aduh, elok-elok orang belajar sesuatu yang elok, di condemn nye orang tu. Apa yang salahnya memakai seperti Hana Tajima? Kita patut contohi si gadis berdarah kacukan Jepun-British tu. Dia mualaf pun tau tutup aurat dengan elok. Memanggil orang 'bajet Hana Tajima' tak baik didengar. Kita taktau niat dalam hati orang, mungkin die betul nak berhijab kerana Allah. Who knows? Kita yang tak sempurna imannya ini, mungkin tidak sesempurna orang tadi di mata Allah? Hanya Allah yang dapat menilai, bukan kita--manusia.
Menegur orang ade cara nya. Teringat lagi sewaktu aku masih menuntut di UiTM, Machang, pak guard uitm memang suke tangkap sape-sape yang suke pakai jeans ketat dan lusuh--jeans yang faded color. Salah satu orangnya ialah aku! Ya, waktu itu aku masih naif. Dan ya, aku memang penggemar faded jeans dan snickers! Yalah zaman umur aku 18 tahun, lebih kurang 10 tahun yang sudah! Aku pernah rase dimalukan oleh pak guard itu.(aku ingat sangat namanya, saja takmau mention!). 'Pegi naik sekarang tukar seluar awak, ketat! Nmpk 2 biji punggung awak!' Hmm, terima kasih pacik atas teguran yang sangat 'berhemah'. Sampai sekarang aku masih gemarkan skinny jeans dan tak kira apa jenis, tapi aku tidak sekali-kali mengenakannya dengan t-shirt sendat mahupun apa2 yang boleh menampakkan butbut aku. Paling tidak, aku akan mengenakannya dengan top/dress selabuh lutut. Ingat, fashion ada caranya. Bukan hentam keromo saja.
Yang jelas, kita harus bersihkan hati kita. Hati yang bersih adalah senjata paling hebat! Bila hati kita bersih, kita tak akan bermusuh-musuhan. Bila hati kita bersih, kita akan sentiasa memaafkan. Dan yang selalu ayahku pesan, orang yang bersih hatinya adalah orang yang menjaga solatnya. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment