Nuffnang Ads

Tuesday, December 04, 2012

Sakit kulit

Ya, ini cerita benar yang aku teringin nak kongsi. Masa aku mengandungkan si Kausar 3rd trimester which is dah nak masuk bulan ke-sembilan, aku diserang satu penyakit kulit yang aku ambil kira sebagai 'kronik'. 

Mengapa aku panggil kronik? Sebab satu, rupanya BURUK. Seriously, memang menakutkan sangat merah-merah pada badan aku masa tu. Kedua, perut boyot, tambah pulak gatal-gatal yang amat sangat. Aku memang rasa diri aku sangat lemah dan tak tentu arah dibuatnya. Ketiga, ianya teramat- amat dan sangat-sangat GATAL!!!!! Ha, macam tu sekali aku nak beri pembayang macamana gatal yang aku pernah alami tu.

Penyakit kulit yang menyerang aku tu dikenali dengan nama saintifiknya urticarial rash. Ok, rupanya seperti gambar di bawah.


Sebelum lupe, ni bukan peha dengan kaki aku. Sekadar gambar hiasan yang aku copy paste saja.

Macam peta dunia kan? Tapi gambar ni memang sama sebijik macam aku kene dulu. Memang aku mula-mula diserang kat bahagian peha, merebak ke bahagian buku lali, merebak lagi sehingga betis dan keseluruhan tangan. Oh, sangat scary aku kira. Disebabkan aku tak tahan sangat gatal dan menggaru-garu macam kera, aku dengan suami aku yang patah kaki pada ketika itu pergi ke wad kecemasan Hospital Sg Buloh. Berejam menunggu, baru tiba turn aku jumpe doctor. Terus dimasukkan ke wad pemantauan sebab derang takut will effects the baby. Check punye check, doctor kata ini 'rare case' atau dalam erti kata lain jarang berlaku.

Sebelum aku ke hospital, aku telah seminggu diserang gatal-gatal ni. Dah bermacam ubat aku cube--yang jenis sapu. Jenis pil, tak berani. Pharmacist tak sarankan. Tak juga hilang gatalnya. Sebab aku dah menemui jalan buntu, tu yang aku ke hospital. Nak ikutkan aku memang tak suke dengan hospital sebabnya suami aku dah la baru saja released dari hospital sebab accident.

Habis krim yang hospital bagi, 2 bekas, tak baik jugak OK. Aku memang takut gila sebab banyak sangat menonton drama melayu yang kalau banyak buat dosa dengan mak terutamanya, akan bernanah-nanah luka kat badan! Arghhh, tapi aku bukan anak derhaka? Aku sayang mama aku. Cukup.

Aku pulang ke Kuantan disebabkan mama pun tak sihat masa tu. Kebetulan belakang rumah aku kat kampung tu tinggal sorang pacik dengan isterinya juga anak dan menantunya. Dia seorang yang dikira dukun. Mak aku cakap, baby yang kena sawan yang menangis tak berenti atau orang yang ada sakit kulit, selalu berjumpa beliau. Lalu, aku apa lagi? Tanpa tunggu-tunggu aku terus jumpa dengan pacik tu, aku bawak babah aku sama. Aku tunjukkan pacik tu gatal-gatal aku ni. Lantas je dia masuk satu bilik tu dan bawa keluar satu kotak kecil--bedak cina amoi. Ada gambar amoi pakai kimono kat kotak bedak tu tak silap aku. Dia pun baca beberapa potong ayat quran yang tak berapa jelas sebutannya sebab pacik tu sengau. Heh. Jahat aku? Lama juga, dalam 10 minit macam tu bacaannya lalu die tiup kedalam kotak tadi dan diikuti AKU. ' Insyallah, dengan izin Allah, baik sakitnya' , kata pacik tu.

Aku pakai bedak tu dalam masa dua hari, HILANG ye gatal! Ajaib bukan? Ubat hospital pun tak mampu hilangkan gatal-gatal tu. Jangankan kata nak hilangkan parutnya, dah hilang gatalnya pun aku dah rasa cukup bersyukur Ya Allah. Yang tinggal masa tu cuma parutnya saja. Buruk memang buruk. Dah la tunggu masa je nak bersalin kot. Nanti mesti doctor ingat aku tak jaga kebersihan, kan?

Sedikit info yang aku google. Penyakit ni selalu attack ibu mengandung rupanya. Boleh dikatakan pembawakan budak pun ye jugak. Dia attack satu dalam 200 orang ibu mengandung dan selalu muncul selepas 34 minggu kehamilan. Juga boleh menyerang sesiapa saja, bukan sebab keturunan atau apa. Makanya, anda juga mungkin akan terkena penyakit ini! * hikhik *. Jahat aku! Oh, lagi satu, menurut kajian, ibu yang membawa/mengandungkan anak LELAKI yang selalu terkena serangan ini. No wonder aku terkena!

Untuk lebih info yang lebih jelas mengenai penyakit ni, sila click di sini!

Lagi satu! Kulit aku sekarang kembali normal tanpa parut yang sangat buruk itu dengan bantuan ini, dan dengan izin Allah juga.


Dengan bantuan Bio Oil ye, bukan yang sebelah tu. Thanks to Nadia ( kalau ko bace entry ni ) for your recommendation. Its miracle! Stretch mark aku pun dah samar-samar sekarang! Can't live without this thing.






No comments: