Nuffnang Ads

Wednesday, December 26, 2012

Makeup collection and storage


Hey all. 

Post kali ni nak kongsi cara aku simpan makeup collection and brush. Makeup collection aku biasa-biasa saja, kalau nak compare kan dengan blogger yang lain, collection aku ni kira 'kecik habuk' je. Walaupun koleksi yang sedikit, aku masih rasa gembira untuk share dengan semua. Okay, tak buang masa, lets JOM!

Brush collection - glass from Ikea. Brushes from Elianto and Benefit.


My makeup collection - storage box from Ikea. Its pretty cheap!



Husband bought me a new perfume - smells like vanilla, Ohsem!

Monday, December 24, 2012

December Haul


Went to Sephora yesterday, and my husband bought me those stuff, thank you so so much abang!




Okay, sebetulnya aku beli 3 barang je kat Sephora tapi sebab malas nak separate mereka ikut brand, makanya aku kumpulkan sekali dalam satu gambar. *Lazy me*

1. Eye blender brush - Elianto - RM 8.10
2. Full action mascara - Sephora - RM 69.00
3. Smoothing primer - Sephora - RM 49.00 - Ia membantu agar makeup tahan lama. Sapu sebelum foundation. 
4. Baked sesame bronzer - Elianto - RM 31.50 - It usually gives your face a natural and clean "glow"
5. Prep & fix eye primer - Sephora - RM 49.00 - Untuk eye shadow tahan lama dan tak melt kat kelopak mata.
6. Kabuki brush - RM 18.90
7. Garnier eye roll - sorry tak dapat recall harga, resit dah buang.
8. Free sample makeup remover
9. Free sample face cotton

Dalam banyak-banyak benda tu, aku paling teruja dengan ini.

Smoothing primer - Sephora - RM 49.00 - terpengaruh dengan Vlogger kat Youtube!

 And these are few pics yang tak berapa nak jadi.





Kami bahagia. Sorry, takda gambar bertiga sebab takda sapa nak tangkap gambar lah macam tu. hikhik.

Friday, December 21, 2012

Kemaafan dendam yang terindah

Cerita ini dipetik dari sebuah artikel, bukan hasil tulisan aku sendiri.

Mengapa sukar memaafkan? Jawapannya ada di sini.

Saya ibaratkan hati manusia, seperti sebuah peti yang memiliki laci-laci kecil.

Setiap rekod individu yang hadir di dalam hidup kita, disimpan dalam laci-laci ini. Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang, maka ada sejutalah laci di dalam hati kita.

Dalam laci setiap individu, mempunyai fail-fail kenangan peristiwa kita bersama mereka.

Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan, maka laci-laci ini akan berubah warna menjadi warna hitam. Lebih banyak manusia yang menyakitkan hati kita, lebih banyaklah laci hitam di dalam hati kita.

Selang hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, rasa sakit hati kita kepada individu yang lacinya sudah hitam ini masih wujud. Ini kerana kita masih menyimpan rekod mereka di dalam laci hitam. Semakin lama disimpan, semakin tebal fail kenangan mereka, dan melarat pula ke laci-laci yang lain.

Hati semakin sakit. Setiap perbuatan mereka yang menyakitkan, tidak dapat dilupakan sama sekali. Pantang mendengar nama mereka disebut, laci hitam di hati menebal seinci. Di mana lokasi yang ada kaitan dengan mereka akan dijauhi. Jika ada keramaian yang melibatkan mereka, kita tidak akan hadiri supaya tidak bertembung dengan mereka. Kerana hati sudah benci. Kerana peti hati sudah semakin dipenuhi dengan laci-laci hitam yang menyimpan rekod mereka.

Akhirnya, hati kita telah sepenuhnya menyimpan laci-laci hitam yang banyak dengan fail-fail kenangan yang menebal.

Akibat dari disakiti, kita membenci. Kita membenci mereka yang menyakiti kita, lantas menyimpan dendam. Dendam yang disimpan, mengakibatkan hati yang gelap dan penuh dengan laci-laci hitam. Laci-laci hitam yang memenuhi hati dengan fail-fail kenangan pahit mendorong kita untuk terus membenci, berdendam dan tidak lagi mahu memaafkan mereka yang menyakiti hati kita ini.

Mari fikirkan sejenak. Apa yang kita perolehi daripada rasa sakit hati yang dipendam sehingga menjadi benci dan dendam?

Adakah kita berpuas hati?


Adakah kita bebas ke sana ke mari?

Adakah kita berlapang dada?

Adakah kita merasa tenang?

Adakah kita bahagia?

Jika mereka yang menyakiti kita, kenapa harus kita berdendam kepadanya? Yang salah, siapa? Kita atau mereka?

Jika yang berhati busuk dan dengki adalah mereka, kenapa hati kita pula yang hitam, dan penuh dengan kebencian?

Jika kita yang teraniaya, kenapa kita pula yang memiliki amarah dalam diri? Bukankah kita yang teraniaya adalah lebih beruntung kerana doa kita berpotensi dimakbulkan Tuhan?


Allah berkata, ".. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nur:22)


Allah berkata lagi, "Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah Ali-Imran:133-134)

Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya. Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita. Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam.

Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.

Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.

Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.

Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang.. dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita. 


Wallahu alam.

Wednesday, December 19, 2012

Peplum tak peplum

Teringat aku pada satu episod Hip Tv yang mana abang aku kendalikan satu segmen yang seakan-akan fashion police. Dia digandingkan dengan Kak Zai--Head of wardrobe media prima bhd. Memang kelakar aku kira. Derang sama-sama jadi pengkritik fesyen artis Malaysia kita untuk red carpet Anugerah Blockbuster.

Seingat aku bila sampai turn Kilafairy yang memakai dress ada duri pada bahu dengan potongan pencil serta peplum, abang aku seakan tidak senang dengan studs pada bahu Kilafairy tu. Sebaliknya Kak Zai seakan terganggu dengan bahagian peplum skirt Kila tu lalu menyebut ' Saya tidak terganggu dengan studs tu, yang mengganggu saya ialah peplum tak peplum dia tu '. Ayat itu yang membuatkan aku gelak sebab suara si Kak Zai tu yang sangat kelakar. Apapun, cerita di atas adalah cerita semata-mata untuk menerangkan mengapa aku namakan post aku begitu. Bukan untuk menjadikan artis tersebut bahan gelak atau apa. Bukan, bukan.

Pada pandangan aku, peplum seharusnya ada banyak kedut dan kembang seperti payung. Ni sedikit gambaran bagaimana rupa peplum skirt.




Okay, dua saja contoh.

Perihal sebenarnya ialah baru-baru ni aku ada beli satu peplum dress. Satu perangai aku bila beli baju, aku tak suka mencuba sebab malas. Bukan sebab perasan kurus atau apa, cuma takut bila aku cuba tapi tak berkenan, dan bila nak letak balik ada pulak terlekat mekap pada baju tu. Ha, tak ke susahkan orang? Penah terjadi, bila perasan ada terpalit kesan bedak pada baju tu, aku terus lari tinggalkan fitting room!

Akibat tidak mencuba tadi, aku tak dapat gambaran sebenar rupa baju tu bila duduk atas badan sendiri. Mungkin kalau orang lain pakai, rupanya seperti lain. Akhirnya, aku yang sendiri end up membeli baju 'peplum tak peplum' tadi. Hahaha. Ini dia.




Nak buat macam mana? Dah 'ter'beli. Pakai sajo.

Friday, December 14, 2012

Black with a little touch of purple



Hello semua, seperti yang korang nampak kat gambar atas ni, baju yang aku pakai tu aku beli masa tahun 2010 awal tahun. Tapi cuma pakai sekali saja untuk Hiphop dinner night. Fuh, masa tu bersiap lah bagaikan Alicia Keys *perasan*. Tapi tu dulu, tu semua nostalgia.

Ingatkan nak giveaway baju tu, tapi sayang! Penyudahnya, aku masih simpan dan aku pakai. That was my outfit couple days ago.

Thursday, December 13, 2012

Bukan saja-saja

Hai. Korang penah kan pegi Daiso? Okay, pada sapa yang taktau, Daiso ni ialah satu kedai yang jual barang serbaguna all from Japan. Dia macam 5 ringgit shop lah senang cita tapi dengan barang yang lebih berkualiti. Aku mengaku sangat sukakan kedai ni sebab ada jual macam-macam. Kadang-kadang, barang yang kita tak terpikir wujud, pun wujud sebenarnya ~ Only in Daiso.

Baru-baru ni ada beli few items from Daiso. Ini dia barangnya.


Opss, yang Pantene tu tak terlibat erk, tu beli kat Watson.

Ada puff, blade and 3 empty bottles. Suami tanya, "Nak buat apa botol banyak-banyak ni? Saya tak suka kalau beli barang tapi tak pakai". Amik sekali kene sound. Aku jawab " Ada lah kegunaannya. Awak laki, apa awak tau? " . Ringkas bukan?

Aku pun bukan la jenis yang membazir orangnya. Setiap apa yang aku nak beli, mesti fikir dulu, perlu ke tak perlu bende ni. Puff tu perlu sebab I pakai mekap uoll, puff memang la cepat kepam. Makanya kene ganti baru kerap untuk jaga kulit muka uoll. Blade tu untuk reshape kening uoll sebab sejak dah ada baby ni aku takda peluang sangat nak pegi buat threading ( membentuk kening guna benang ).

Okay yang botol-botol tu, aku guna mereka untuk ini. Tadaaa!


Botol yang berbentuk petak ni aku tuangkan shower bath dari botol besar gabak yang kitorang guna. Cause we are traveling quite a lot, so i just think that i really need this as one of my travel kit. Kecik pun kecik, senang nak sumbat dalam toiletries bag maybe!
 

Botol spray tu, aku tuangkan sedikit toner, pun untuk travel jugak. Senang, tak payah la aku nak bawa botol besar tinggi langsing tu, nak pakainya sikit je. Lagipun dengan cara ni, aku tak perlu bawa face cotton, cuma spray aja terus kat muka, cepat je dia absorb dalam kulit uoll. Ringan pun ringan. 

Oh, satu lagi botol petak tu aku nak tuang Kausar punye baby bottle cleanser dia. Takkan aku nak angkut Pureen punya botol yang berat tu. Tak kuasa!

Itu saja ceritanya. Saja nak berkongsi, kalau ada antara reader yang nak kongsi cerita yang sama, just drop me your link or anything ya! Bai.

Movie kesukaan

Hai, bertemu lagi.

Kalau korang tanya aku movie apa yang paling aku suka sangat-sangat sekarang. Jawapannya ada di bawah, scene yang paling aku suka sangat sampai boleh nangis melimpah-limpah.



Ini lah nama dia home saloon. Salute la Beto Kusyairi, lakonan anda memang terbaik. And you too Lisa, makin hari makin ada mutu lakonan anda. 

To tell you the truth, genre filem melayu yang aku suka ialah filem yang macam ni. Romantic comedy! Jarang orang melayu kita nak buat filem yang macam ni. Selalu mesti rempit, gangster, hantu, mistik bla bla bla.

Maka, dengan adanya filem macam ni, akan menghiburkan hari-hariku sebab tak jemu tengok berulangkali. Okay, bai!

Friday, December 07, 2012

Sama tapi tak serupa

Hai semua, I'm back!

Okay, kali ni nak bawakkan cerita seperti tajuk yang diatas. Jom!

Aku ada beli skirt baru-baru ni, murah! RM 29.90, kira RM30 je lah kan. Sebab apa aku beli? Sebab aku dah jatuh cinta pada satu skirt yang mana one of my favourite blogger pakai. Ini dia.



Her name is Stine Mo. She's from Denmark I think. Tak pasti sangat dari mana dia. But I'm freakin love her blog at the moment. Ni link untuk tengok blog dia, Stine Mo . Jadi aku pun dengan terhegeh-hegeh nak mencari skirt yang macam ini, tu yang beria-ia aku pegi Times Square itu hari sebab tau kat situ je boleh jumpa bende macam ni. Finally aku jumpa, tapi dalam versi yang lebih sopan of course sebab aku bertudung.   Nak mati aku keluar rumah dengan skirt pendek? Tanak, tanak!



Sama kan? Kan kan kan? Hahah. Sangat gembira ok. Tapi takda pulak color silver mengerlip macam Stine tu. Ada kuning, merah dan apa lagi lah color aku tak ingat. Instead of pilih kuning again, I chose this color! Orang tak suka biarlah, aku suka. Cukup. 

This was my outfit yesterday.




Gambar yang ketiga ni pelik aku kira. Mulanya nak pose nampak macam kain terbang ditiup angin. Bajet style la konon. Tapi maafkan camera aku yang bulan SLR. Makanya tangan stuck with that position by the time tengah snap. Tangan jadi macam tu untuk kembangkan skirt. Haha.






Outfit:



Maxi scarf: Wraps by Catalyst
Hanging jacket: Unbranded
Maxi dress : Yah, I'm wearing maxi dress inside to cover my skin because the skirt is chiffon material.
Pleated skirt: Unbranded
Handbag: Treats
Wayfarer and big ring: Cotton On


p/s: Sorry, gambar memang tak edit langsung. Satu, MALAS! Kedua, dah tak pandai. Dulu masa belajar tanak belajar betul-betul. Padan muka! But, I can learn from Youtube, maybe!

Wednesday, December 05, 2012

Ain Hawani?

Nah. Entry ni memang menunjukkan yang aku agak terbelakang sikit. Siapa Ain Hawani? Erk?

Ceritanya begini, waktu aku berjalan-jalan dengan keluarga besarku -- means kakak-kakak, abang-abang ipar dan juga ' yaqanaqbudu ' merujuk kepada anak-buah buah yang ramai yang selalu buat bising oleh MAMA, aku ternampak satu handbag yang aku suka! 

Makanya aku? " Abaaaaang... sayang ada nampak satu handbag cantek, cute sangat ". Dia pun dengan muka yang selalu dia buat bila mana aku mintak die belikan sesuatu, " Ambil la..". Yeay! Haha, muka yang tadi dia buat ialah ' muka kena pau '. Pastinya dia redha. *hikhik*

Lalu, aku pun pegi bayar. Satu saja perangai aku bila mana aku dapat satu benda yang aku suka, aku tak pandang dah barang-barang lain, CUKUP SATU! Bertuah kan suami I dapat I? *gediks*. Setelah itu, Kak Dodie--kakak sulung datang menyapa aku kat kaunter, " Awak beli handbag Ain Hawani ke? " . Aku pun, " Huh? ". 

Okay, baru la aku tau sekarang si Ain Hawani ni ialah 'Hawa' dalam drama bersiri Adam Hawa. Ceh! Aku ingatkan sapa tadi! Kak Dodie cakap Ain Hawani ni pakai handbag kotak-kotak kat dalam cerite tu. Betul ke uolls? Aku tatau pasalnya, aku dah tamatkan service Astro kat rumah dan gantikan dengan Unifi! Ada orang cakap boleh tengok online tapinya cerita tu khabarnya dah nak abis, jadi buat apa aku nak tengok? Hahah.

Okay, cukup itu. Ini dia handbag 'Ain Hawani'.



p/s: gambar di ambil oleh 'photographer' tak berbayar bahkan kena pau, Norwafiz Nordin.

Comel bukan? Bukan aku ye, handbag tu maybe!

Ni baru pulang dari meneguk Chatime, Bandar Puteri. Favorite spot kami berdua.







Tengok muka si bertuah tu! Seperti marah dengan straw? Baby tecik aku ni kuat MAKAN!



Favorite me and him... Me-- Classic hazelnut milk tea, with pearl, extra sugar. Him-- Strawberry pudding Au-Lait. Macam terbalik pulak kan? Selalu perempuan lebih suke smoothie berbanding lelaki, lelaki more to milk tea kan? Ah, tak kisah lah. Tengok tu, dah hampir separuh aku teguk! Haha, tengok badan lah!

Bai!



Tuesday, December 04, 2012

Sakit kulit

Ya, ini cerita benar yang aku teringin nak kongsi. Masa aku mengandungkan si Kausar 3rd trimester which is dah nak masuk bulan ke-sembilan, aku diserang satu penyakit kulit yang aku ambil kira sebagai 'kronik'. 

Mengapa aku panggil kronik? Sebab satu, rupanya BURUK. Seriously, memang menakutkan sangat merah-merah pada badan aku masa tu. Kedua, perut boyot, tambah pulak gatal-gatal yang amat sangat. Aku memang rasa diri aku sangat lemah dan tak tentu arah dibuatnya. Ketiga, ianya teramat- amat dan sangat-sangat GATAL!!!!! Ha, macam tu sekali aku nak beri pembayang macamana gatal yang aku pernah alami tu.

Penyakit kulit yang menyerang aku tu dikenali dengan nama saintifiknya urticarial rash. Ok, rupanya seperti gambar di bawah.


Sebelum lupe, ni bukan peha dengan kaki aku. Sekadar gambar hiasan yang aku copy paste saja.

Macam peta dunia kan? Tapi gambar ni memang sama sebijik macam aku kene dulu. Memang aku mula-mula diserang kat bahagian peha, merebak ke bahagian buku lali, merebak lagi sehingga betis dan keseluruhan tangan. Oh, sangat scary aku kira. Disebabkan aku tak tahan sangat gatal dan menggaru-garu macam kera, aku dengan suami aku yang patah kaki pada ketika itu pergi ke wad kecemasan Hospital Sg Buloh. Berejam menunggu, baru tiba turn aku jumpe doctor. Terus dimasukkan ke wad pemantauan sebab derang takut will effects the baby. Check punye check, doctor kata ini 'rare case' atau dalam erti kata lain jarang berlaku.

Sebelum aku ke hospital, aku telah seminggu diserang gatal-gatal ni. Dah bermacam ubat aku cube--yang jenis sapu. Jenis pil, tak berani. Pharmacist tak sarankan. Tak juga hilang gatalnya. Sebab aku dah menemui jalan buntu, tu yang aku ke hospital. Nak ikutkan aku memang tak suke dengan hospital sebabnya suami aku dah la baru saja released dari hospital sebab accident.

Habis krim yang hospital bagi, 2 bekas, tak baik jugak OK. Aku memang takut gila sebab banyak sangat menonton drama melayu yang kalau banyak buat dosa dengan mak terutamanya, akan bernanah-nanah luka kat badan! Arghhh, tapi aku bukan anak derhaka? Aku sayang mama aku. Cukup.

Aku pulang ke Kuantan disebabkan mama pun tak sihat masa tu. Kebetulan belakang rumah aku kat kampung tu tinggal sorang pacik dengan isterinya juga anak dan menantunya. Dia seorang yang dikira dukun. Mak aku cakap, baby yang kena sawan yang menangis tak berenti atau orang yang ada sakit kulit, selalu berjumpa beliau. Lalu, aku apa lagi? Tanpa tunggu-tunggu aku terus jumpa dengan pacik tu, aku bawak babah aku sama. Aku tunjukkan pacik tu gatal-gatal aku ni. Lantas je dia masuk satu bilik tu dan bawa keluar satu kotak kecil--bedak cina amoi. Ada gambar amoi pakai kimono kat kotak bedak tu tak silap aku. Dia pun baca beberapa potong ayat quran yang tak berapa jelas sebutannya sebab pacik tu sengau. Heh. Jahat aku? Lama juga, dalam 10 minit macam tu bacaannya lalu die tiup kedalam kotak tadi dan diikuti AKU. ' Insyallah, dengan izin Allah, baik sakitnya' , kata pacik tu.

Aku pakai bedak tu dalam masa dua hari, HILANG ye gatal! Ajaib bukan? Ubat hospital pun tak mampu hilangkan gatal-gatal tu. Jangankan kata nak hilangkan parutnya, dah hilang gatalnya pun aku dah rasa cukup bersyukur Ya Allah. Yang tinggal masa tu cuma parutnya saja. Buruk memang buruk. Dah la tunggu masa je nak bersalin kot. Nanti mesti doctor ingat aku tak jaga kebersihan, kan?

Sedikit info yang aku google. Penyakit ni selalu attack ibu mengandung rupanya. Boleh dikatakan pembawakan budak pun ye jugak. Dia attack satu dalam 200 orang ibu mengandung dan selalu muncul selepas 34 minggu kehamilan. Juga boleh menyerang sesiapa saja, bukan sebab keturunan atau apa. Makanya, anda juga mungkin akan terkena penyakit ini! * hikhik *. Jahat aku! Oh, lagi satu, menurut kajian, ibu yang membawa/mengandungkan anak LELAKI yang selalu terkena serangan ini. No wonder aku terkena!

Untuk lebih info yang lebih jelas mengenai penyakit ni, sila click di sini!

Lagi satu! Kulit aku sekarang kembali normal tanpa parut yang sangat buruk itu dengan bantuan ini, dan dengan izin Allah juga.


Dengan bantuan Bio Oil ye, bukan yang sebelah tu. Thanks to Nadia ( kalau ko bace entry ni ) for your recommendation. Its miracle! Stretch mark aku pun dah samar-samar sekarang! Can't live without this thing.






Belongings Tour?

Hai.

Hari ni terasa nak sangat nak buat room tour. Room tour is like so famous now on youtube. Sapa yang tak pernah tau atau tak tau, type aje la 'room tour' kat youtube ok. Mudah. Saja la aku namakan tajuk yang macam di atas sebab its not actually a room tour, more to my belongings actually sebab malulah kan saya nak tunjuk katil kelamin. Bilik saye simple saja, serious. Ok, tak buang masa, jom kita checkitout! Heh.





Ok, ini semua accessories aku. Dalam balang leper tu, bangles and bracelets. Dalam mangkuk ungu tu, big rings dan kerongsang besar juga gelang bising. Dalam balang yang tinggi sikit tu, hair accessories. Walaupun aku berhijab, tapi accessories sebanyak itu. Untuk apa aku simpan banyak-banyak pun aku tak pasti. Anggap saja berhias cantek-cantek untuk suami ok. Jam, aku simpan dalam gelas kaca. Ni hadiah kawen, daripada tersimpan dalam kotak, baik aku guna. Bekas jarum tu, untuk pinkan selendang yang aku pakai. Scarflets wajib ada benda ni. Scarflets best friend ~



Ini barang suami. LAKI-LAKI, barang memang sebanyak ini saja. Ok, yang depan tu, produk muka aku sekarang, Wardah.



Perfumes collection. Acca Kappa, Victoria Secrets, Clinique, Mont Blanc, Burberry and Body Shop dreams unlimited. Paling suka, Clinique!



Bakul kecik, makeup tools. Bakul besar, ala, barang pompuan.





Makeup things.



Face cotton and more accessories dalam dua bekas merah, bekas kuning dan kotak kayu bawah tu. Kotak kayu tu birthday present from my MAMA. Its LOVE shape box.



Its a chest drawer from IKEA.




Almari, IKEA. Beli mase harga 299 ringgit. Sekarang, 199 ringgit mungkin!



Yang dalam garment bag tu, semua baju kurung dengan jacket-jacket tebal. Ini almari untuk baju tak pakai, tapi sayang nak buang. Yang bawah tu, sebahagian towels, curtain, bedsheets and kain pelikat.



Drawer pink ni where I put all my bedsheets inside. No other things inside.



These are all my scarfs. Messy huh? Malas nak susun cantek-cantek sebab penyudahnya akan jadi tak tersusun jugak.



Okay, yang ini betul-betul ada depan katil. Makanya ruangan ini wujud untuk tatapan aku sebelum tidur. Tu ada muka Kausar mase dalam perut, 4D scan, tabung cheeky Kausar, table lamp yang aku tukar telangkupnya sebab yang asal koyak mase pindah rumah. Telangkup tu beli siap kat IKEA. Frame, IKEA juga. Oh, tu handphone aku, Samsung Corby je. Anna Dello Russo punye kotak tu sebenarnya kotak key chain hadiah daripada abang aku tapi aku jadikan kotak simpan charger. Heh.



Hoho, yang ini kesayangan. Ini barang hantaran dulu daripada suami. Dia yang beli seniri frame and batu tu dan paksa aku ckp "style!". Haha. Dia ni aku kira ada seni juga pada tangannya. Nampak tak ada batu yang dah jatuh? Frame kecik tu dah tentu mas kahwin negeri Pahang. ' Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah, tunai '. Sah? Sah? Alhamdulillah...



Ini playpan si Kausar juga sebagai tempat tidur. Masa tengah snap gambar ni sedap je dia tidur. Nampak tu menan sepah-sepah? Bantal besar, tapi penyudahnya die tidur macam tu je.



Elephant ni macam lullaby si Kausar. Bila tarik, ada lagu.



Okay, Kausar dah bangun tidur. Ini dalam keadaan kemas.

Setakat tu saja my room tour. Bosan eh? *hikhik* Takde la menarik sangat my room tour. Untuk pengetahuan korang, Kausar masih tidur sebilik dengan kami. Cadang nanti umur dia setahun, kami nak asingkan dia ke bilik sebelah. I'll keep you guys posted.

Bai!