Nuffnang Ads

Monday, January 07, 2013

Umar Al-Kausar

Kenapa kami namakan anak kami Umar Al-Kausar?

Kami inginkan satu nama yang tidak terlalu moden, tidak terlalu zaman bapa kita dilahirkan, misalnya, KARIM, JAMIL, atau mungkin BAHAR. Asalnya, aku perasan anak aku girl, kalau girl, aku yang namakan. Kalau laki-laki, abahnya yang namakan. Pastu doctor bagitau anak kami laki-laki. Abahnya melompat lah suka nak bagi nama. Pikir punye pikir, dia nak bagi nama, KAUSAR. Bermaksud, telaga dalam syurga.

Tapi, macam pendek sangat, kan? Aku suke nama OMAR. Tapi bunyi macam keras sangat, makanya aku pilih U instead of O. Lagi pula, Umar membawa maksud yang baik, Yang memakmurkan, nama khalifah kedua dalam Islam. Kami sama-sama setuju untuk menamakan bayi kami pada usia kandungan aku cukup sembilan bulan. Aku tanyakan pada suami, " Saya nak bagi nama UMAR AL-KAUSAR, okay tak? Dia terus jawab OK. Yeay!

Kami memang kurang teruja dengan nama-nama yang moden gila. Contohnya, alah, korang tau kot nama-nama yang aku maksudkan tu.

Sedikit info mengenai surah Al-Kausar,

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

No comments: