Nuffnang Ads

Thursday, January 10, 2013

Foot Reflexology Massage

Ya, aku sangat suka foot reflexology. Sebenarnya, dengan urut kaki je, kita dah boleh dapat kelegaan satu badan. 

Refleksologi adalah seni urut dan terapi perubatan alternatif purba, diasaskan dari China dan Mesir. Refleksologi kaki atau urut kaki adalah antara terapi alternatif yang paling popular dan diamalkan di kebanyakan tempat dalam dunia. Refleksologi kaki adalah konsep merangsang titik tertentu pada kaki, tangan atau telinga yang boleh meningkatkan fungsi organ kelenjar, dan kawasan-kawasan lain pada badan. 

Refleksologi ni ada banyak manfaat kesihatan antaranya menyembuhkan sakit kepala dengan mengurangkan keresahan. Satu kajian skala besar baru di Michigan State University menunjukkan bahawa refleksologi kaki bermanfaat dalam mengurangkan gejala pada pesakit kanser. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji kesan refleksologi di kalangan wanita yang mengidap kanser payudara yang menjalani kemoterapi dan menunjukkan bahawa mereka kurang mengalami sesak nafas, gejala yang biasa pada pesakit kanser payudara. 


Jom tengok video ni, korang boleh suruh la sesape urut kaki korang kat rumah. Yang ada maid, lagi senang. Macam aku tade maid, haa suruh la laki. Hikhik. Bertuah lah dia nak urut kaki aku masa die balik rumah? Panggil orang sajo, takpun pegi kedai. Abis cita. 

No comments: