Nuffnang Ads

Tuesday, January 15, 2013

Pontian, Johor

Jumaat lepas, aku bertolak ke Pontian, Johor pukul 2.00 pagi dengan Wafiz dan Kausar. Kami ke sana untuk wedding Along ( abg Wafiz ). Dia nikah pagi Jumaat tu pukul 10.30 pagi. Perjalanan ke sana aku kira makan masa agak lama juga, sebab rasa macam tak sampai-sampai memandangkan ini kali pertama aku nak ke betul-betul selatan benua. Rasa bangga OK dapat jejakkan kaki dekat 'Bandar Penghujung Benua Asia' ni.

Kami sampai kat sana dalam pukul 7 ke 8.00 pagi macam tu, sarapan dan terus bersiap nak ke rumah pengantin perempuan dekat Teluk Kerang, Pontian. Homestay kami dekat Tanjung Piai, Pontian. Ni antara gambar sekitar majlis akad nikah.




Along, Norhafiz Nordin dan Kak Ena, Enna Elias

Setelah selesai majlis, kami pergi menikmati keindahan paya bakau dekat Tanjung Piai. First time aku dapat tengok hutan paya bakau. Call me Jakun! Yes, I am.






Bapa, mak mertua - Abah & Ma

Kausar dengan aksi Karam Singh Walia, TV3

Ni adik ipar aku yang gila! Panggil dia, Kakak.


Yang terselit tu adik ipar aku yang tecik. Kecik pun dah pangkat Paksu dah tu.

Okay, untuk lebih gambar dekat paya bakau, click sini! 

Nampak dak kapal-kapal kat belakang tu? Kapal-kapal tu aku panggil Titanic. Padahal tu kapal kargo kot.

Esok harinya, Along bersanding. 


Memang Johor terkenal dengan adatnya, pengantin akan menyaksikan persembahan silat.

Bayar 'Tol', baru boleh naik pelamin. Pantun yang buat aku gelak besar, " Pergi ke kedai membeli mi, boleh ke kami masuk ni??"

Tersenyum girang dapat naik pelamin, dah lepas Tol.


K.A.M.I


No comments: