Nuffnang Ads

Thursday, January 24, 2013

Makanan Bayi Saya

Hai. Its been a while since last update right?

Terbaru, aku mencuba satu penyediaan makanan yang sangat mudah untuk baby aku, tak lain dan tak bukan, Kausar lah. Sapa lagi? Si budak bertuah yang sangat suka makan dan tak penah jemu makan. That's one thing I love about him.

Mashed banana with peach yogurt.

Mudah saja, lihat gambar di bawah.




Bahan pertama - pisang yang dilenyek.
Kedua - yogurt. Terpulang apa pun jenis. Tapi aku prefer peach flavour sebab sedap sikit.

Caranya, campurkan sedikit yogurt tu ke dalam mashed banana tadi. Nyum nyum. Lebihan yogurt tadi selamat masuk dalam perut Mama Kausar. Heh.

Kausar love it! Sampai mintak lagi dan lagi.

Selain dari makanan terbaru ni, aku akan beri Kausar bubur nasi. Mudah saja, masak nasi sehingga menjadi bubur, kemudian masukkan ikan bilis, carrot, sedikit halia yang ditumbuk lumat dan sedikit saja garam untuk menambah rasa pada bubur tu. Baby pun pandai rasa tau kalau bubur tak sedap, bukan orang besar jeh. Setelah masak, kisar bubur tadi guna blender. Aku salu blend sekejap je, dalam dua tiga saat je. Aku tak suka struktur bubur tu terlalu halus, Kausar pun tak suka. Untuk bubur ni lupe nak tangkap gambar, sorry!

Aku juga ada beri makanan formula untuk Kausar. Memandangkan Kausar hanya sempat breastfeed selama tiga bulan jeh, jadi aku kena pastikan dia mendapat zat makanan yang cukup. Ya, mungkin rezeki Kausar dapat minum susu badan setakat itu saja, memandangkan ini anak pertama, makanya aku kurang arif tentang bagaimana nak banyakkan susu. Tak macam ibu-ibu lain yang mampu susukan anak sampai umur setahun. Anda bertuah!


Kausar minum susu Bebelac. Sehingga sekarang, aku belum pernah tukar susu dia. Dia sesuai dengan susu ni. Dan untuk pengetahuan korang, Kausar jarang sekali atau mungkin tak pernah muak lepas minum susu. Tak tahu mungkin sebab susu ni atau dia memang jenis baby yang tak muak. 

Cerelac pula, aku beri dia 3 perisa yang berlainan supaya dia dapat rasa different taste of food. Tak lah dia bosan asyik rasa benda yang sama je setiap masa. Kalau aku bancuh yang beras sahaja, aku akan letakkan sedikit saja kicap untuk mengelakkan rasa tawar beras tu. Dan dua lagi jenis tu, aku selang selikan ikut selera. Yang pastinya, rasanya memang sedap.

Setakat ni saja post kali ni, see you guys soon !




Tuesday, January 15, 2013

Pontian, Johor

Jumaat lepas, aku bertolak ke Pontian, Johor pukul 2.00 pagi dengan Wafiz dan Kausar. Kami ke sana untuk wedding Along ( abg Wafiz ). Dia nikah pagi Jumaat tu pukul 10.30 pagi. Perjalanan ke sana aku kira makan masa agak lama juga, sebab rasa macam tak sampai-sampai memandangkan ini kali pertama aku nak ke betul-betul selatan benua. Rasa bangga OK dapat jejakkan kaki dekat 'Bandar Penghujung Benua Asia' ni.

Kami sampai kat sana dalam pukul 7 ke 8.00 pagi macam tu, sarapan dan terus bersiap nak ke rumah pengantin perempuan dekat Teluk Kerang, Pontian. Homestay kami dekat Tanjung Piai, Pontian. Ni antara gambar sekitar majlis akad nikah.




Along, Norhafiz Nordin dan Kak Ena, Enna Elias

Setelah selesai majlis, kami pergi menikmati keindahan paya bakau dekat Tanjung Piai. First time aku dapat tengok hutan paya bakau. Call me Jakun! Yes, I am.






Bapa, mak mertua - Abah & Ma

Kausar dengan aksi Karam Singh Walia, TV3

Ni adik ipar aku yang gila! Panggil dia, Kakak.


Yang terselit tu adik ipar aku yang tecik. Kecik pun dah pangkat Paksu dah tu.

Okay, untuk lebih gambar dekat paya bakau, click sini! 

Nampak dak kapal-kapal kat belakang tu? Kapal-kapal tu aku panggil Titanic. Padahal tu kapal kargo kot.

Esok harinya, Along bersanding. 


Memang Johor terkenal dengan adatnya, pengantin akan menyaksikan persembahan silat.

Bayar 'Tol', baru boleh naik pelamin. Pantun yang buat aku gelak besar, " Pergi ke kedai membeli mi, boleh ke kami masuk ni??"

Tersenyum girang dapat naik pelamin, dah lepas Tol.


K.A.M.I


Thursday, January 10, 2013

Foot Reflexology Massage

Ya, aku sangat suka foot reflexology. Sebenarnya, dengan urut kaki je, kita dah boleh dapat kelegaan satu badan. 

Refleksologi adalah seni urut dan terapi perubatan alternatif purba, diasaskan dari China dan Mesir. Refleksologi kaki atau urut kaki adalah antara terapi alternatif yang paling popular dan diamalkan di kebanyakan tempat dalam dunia. Refleksologi kaki adalah konsep merangsang titik tertentu pada kaki, tangan atau telinga yang boleh meningkatkan fungsi organ kelenjar, dan kawasan-kawasan lain pada badan. 

Refleksologi ni ada banyak manfaat kesihatan antaranya menyembuhkan sakit kepala dengan mengurangkan keresahan. Satu kajian skala besar baru di Michigan State University menunjukkan bahawa refleksologi kaki bermanfaat dalam mengurangkan gejala pada pesakit kanser. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji kesan refleksologi di kalangan wanita yang mengidap kanser payudara yang menjalani kemoterapi dan menunjukkan bahawa mereka kurang mengalami sesak nafas, gejala yang biasa pada pesakit kanser payudara. 


Jom tengok video ni, korang boleh suruh la sesape urut kaki korang kat rumah. Yang ada maid, lagi senang. Macam aku tade maid, haa suruh la laki. Hikhik. Bertuah lah dia nak urut kaki aku masa die balik rumah? Panggil orang sajo, takpun pegi kedai. Abis cita. 

Tuesday, January 08, 2013

A man in pink






Im sorry son, I just think that pink looks so good on you. Lagipun baju kausar ade satu je pink pun, boleh kan kan kan? Tak marah mama kan? Mama beli baju tu masa tengah carry Kausar dulu, belum tahu jantina lagi masa tu. Heeeeee. 

Tapi kenapa tilam dia pun pink masalahnya????

Monday, January 07, 2013

Umar Al-Kausar

Kenapa kami namakan anak kami Umar Al-Kausar?

Kami inginkan satu nama yang tidak terlalu moden, tidak terlalu zaman bapa kita dilahirkan, misalnya, KARIM, JAMIL, atau mungkin BAHAR. Asalnya, aku perasan anak aku girl, kalau girl, aku yang namakan. Kalau laki-laki, abahnya yang namakan. Pastu doctor bagitau anak kami laki-laki. Abahnya melompat lah suka nak bagi nama. Pikir punye pikir, dia nak bagi nama, KAUSAR. Bermaksud, telaga dalam syurga.

Tapi, macam pendek sangat, kan? Aku suke nama OMAR. Tapi bunyi macam keras sangat, makanya aku pilih U instead of O. Lagi pula, Umar membawa maksud yang baik, Yang memakmurkan, nama khalifah kedua dalam Islam. Kami sama-sama setuju untuk menamakan bayi kami pada usia kandungan aku cukup sembilan bulan. Aku tanyakan pada suami, " Saya nak bagi nama UMAR AL-KAUSAR, okay tak? Dia terus jawab OK. Yeay!

Kami memang kurang teruja dengan nama-nama yang moden gila. Contohnya, alah, korang tau kot nama-nama yang aku maksudkan tu.

Sedikit info mengenai surah Al-Kausar,

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Saturday, January 05, 2013

Makeup thingy

At last, here's my makeup sponge that I've been waiting for more than two weeks to arrived. I bought it from ebay. 


Quite nice I think. It can really blend your foundation down into your skin very well. This link down below shows you how it works on my favorite vlogger, Stine Mo. Enjoy!



Thursday, January 03, 2013

Diarrhea dan cirit-birit

Diarrhea dan cirit-birit? Bukankah maksudnya sama?

Ya sama ja ertinya. Teringat aku pada satu petang yang mendung 20 tahun lepas, waktu itu aku darjah dua. Masa aku kecik-kecik dulu, kalau pacik pacik atau macik macik tua tengok aku, mesti derang akan cakap, "Buas budok ni, anok sape mu nih? " Hoh. Nak terasa pun pada aku, 'TAK PAYAH LA KOT', sebab aku memang tak serupe budak perempuan. Rambut aku pendek macam jantan, badan halus macam anak Somalia, kulit pulak hitam berkerak! Okay, tak payah panjang-panjang intro, kite masuk terus cerita.

Pada satu petang yang mendung tadi, aku bersama abang aku pergi bermain dengan anak-anak jiran kat belakang rumah. Rumah papan belakang rumah aku ni adalah milik Pacik Arshad. Dia dan isteri adalah pengasuh aku masa mama pegi mengajar tadika. Jadi aku main masak-masak dengan anak mereka ini lah. Sebelum main masak-masak tu, kami sempat bermain lestik-lestik dulu. Ya, aku suka lestik budak-budak yang suka mengejek abang aku 'pondan'. Well, he's not! Jadi setelah penat main lestik budak-budak jahat tu, kami main masak-masak.

Pacik Arshad ni pada waktu tu ada menyimpan stok coklat. Coklat apa memang aku tak ingat tapi choc bar lah. Makanya kami sekawan bercadang untuk memasak coklat tadi kat dalam periuk. Periuk tu aku pasti memang lah tak basuh dulu bahkan dah jadi tempat berak ayam agaknya. Yang jadi chef terpilih untuk hari bahagia itu ialah Kak Farah ( anak jiran) dan juga abang aku. Jadi mereka berdua lah yang masak masakan pilihan untuk hari sekali lagi di sini, HARI BAHAGIA! Dan tukang rasa masakan tu adalah AKU.

Keesokan harinya, aku bangun tidur dengan perut aku memulas-mulas macam kain diperah-perah lalu aku ke jamban untuk buang air besar. Alangkah terkejutnya aku bila aku tengok hasil buangan itu berupa seperti daun yang dah dicarik-carik. Korang mesti penah kene macam ni kalau cirit birit kan, kan? Dan badan aku masa tu seram sejuk macam orang kene sampuk dik hantu. Sejurus kemudian, aku muntah! Muntah pun dalam bentuk yang sama tadi. Perkara ini berlarutan sehingga ke tengah hari pada waktu mama pulang dari membeli barang.

Mama aku sudah tak keruan melihat aku yang dah macam sikit lagi nak rebah tu, bertanyakan pada abang aku.

MAMA: Semalam main apa?
ABANG: Main masak-masak, ma.
MAMA: Masak apa sampai mimi muntah-muntah???
ABANG: Hurmmm,, masak.....masak.....masak....masss
MAMA: MASAK HAPE????
ABANG: Masak coklat dengan DYNAMO, MA!
MAMA: YA ALLAH! NAK BUNUH ADIK KE?

Begitulah ceritanya ye tuan tuan semua. Seingat aku lepas dialog terakhir tadi, satu hinggapan MAUT telah melekat kat muka abang aku masa tu. 

p/s: Berbuat baik lah kita sesama adik beradik dan keluarga walaupun telah diracuni DYNAMO. Hihihihihihi.

Perangai pelik 1

Setiap manusia aku pasti, akan ada perangai pelik. Ya, pelik sampai kadang-kadang 'absurd' atau dalam erti kata lainnya 'TAK MASUK AKAL'. Harini, bila suami dah keluar pegi cari rezeki, aku berpikir balik perangai pelik aku yang mungkin kadang-kadang suami aku ni haaii, 'SABAR JE LAH'.

Begini ceritanya, semalam suami aku ada bagi duit belanja sebab aku nak pegi jumpa kawan aku yang perutnya sudah mara kedepan cukup sembilan bulan. Jadi, kononnya aku berkehendak untuk belanja kawan aku ni mengidam nak makan ramen ( sejenis makanan jepun ). Tapi akhirnya kami tak jadi keluar sebab dah petang. Makanya aku tidak belanjakan duit tadi dan aku tinggal kat dalam kereta. SILLY ME. Jadi aku lepak kat rumah kwn aku tadi je.

Makanya duit tadi elok je la kot ada dalam kereta. TADI, bila suami aku nak pegi keje, aku beritahu pada dia.

AKU: Abang, duit belanja yang awak bagi semalam tertinggal dalam kereta. Tolong bawak naik ye. Saya nak pakai. ( Sabun basuh kain dah abis )
SUAMI: Okay, japgi saya amek.

5 minit kemudian

SUAMI: Berapa duit semalam saya bagi?
AKU: Seratus setengah.
SUAMI: Nah. ni dia. (sambil mengeluarkan duit dari dompet dia)
AKU: Hoh. Tapi awak tak turun pegi amek pun. Saya nak duit semalam!
SUAMI: Adui, sama je kan? Japgi saya guna je la duit dalam kereta tu.
AKU: TAPI.... Saya nak duit semalam!
SUAMI: Tak cakap apa.

Dia hulur tangan je suruh amin. Dia dah lambat nak pegi keje.

Mesti dalam hati dia, "Napa la bini aku macam ni ?"

Wednesday, January 02, 2013

Looks I LOVEEEEE

Aku punya ikon sendiri. Yang sangat aku kagumi ciptaan Allah ke atas mereka ini. Yalah, sebab Allah yang ciptakan wajah cantik yang mereka punya itu. Tugas mereka sebagai manusia ialah untuk kekalkan dan jaga kecantikan yang mereka ada. Okay, cukup. Ini dia pujaanku.

She's the most beautiful person I've ever seen. Bukan semua orang ada wajah klasik miliknya ~ Kate Winslet



Emily Blunt - She's astounding!

Fashion ikon pula,

Hana Tajima - Oh, she's pretty though. And I love her style.

Satu-satunya blogger Malaysia yang hampir setiap hari aku akan jenguk blog dia nak tengok apa dia pakai. Shea Rasol

Yeah, walaupun gaya 'boyfriend jeans' ni dah agak lama, tapi aku masih suka hanya kerana Katie Holmes yang pakai! Gaya ringkas, less is always more!